KANTOI !!! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!! | Kes melibatkan kerosakkan Remaja memang takkan habis sampai kiamat! Apalah yang bodoh sangat sanggup gadai maruah!! Teruk nya korang! Kalau mak bapak korang tahu, aku rasa dioarang tak ngaku kau tu anaknya!! Ops.. Terkasar pulak bahasa.
Bismillahirahmanirahim…….Assalamualaikum.. Mendapat hidayah dari Allah SWT merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya.
Abu Jahal, bapa saudara Nabi SAW kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran. Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak Nabi Nuh assalatuassalam.
Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah.
Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:
Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang.
Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat.
Pertama: manakala kamu melakukan maksiat, janganlah kamu makan rezeki dari Allah.
Lelaki:Seluruh penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat dan juga dilaut,dilembah dan juga digunung semuanya merupakan rezeki Allah,kalau begitu darimana aku mau mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?..
Ibrahim: Wahai saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya?.
Kedua: apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah.
Lelaki:Abu Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku tinggal? Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhakainya.
Ketiga: andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan.
Lelaki:Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah Maha Melihat ,Maha Mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah lalai,leka,mengantuk dan tidur.
Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku.
Keempat: Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya” tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati”.
Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan.
Ibrahim:Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Maut tentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat.
Lelaki:Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah lagi ssesudah mati.
Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat.
Kelima: Manakala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk ke neraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU”.
Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya lima perkara ini sangat berat bagiku melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah. via m-poser.
Home » Remaja
» KANTOI !!! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "KANTOI !!! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!!"
Post a Comment