FUHH....!!! Top 10 Ibu Urban Paling Hot Lagi Bergaya Di Malaysia
SETIAP tahun, perayaan Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
Namun walau bagaimana sekalipun kaum ibu diraikan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan mereka terhadap anak-anak tidak dapat dibayar hatta dengan wang ringgit sekali pun.
Kini seiring dengan peredaran masa, peranan digalas kaum ibu semakin mencabar.
Kebanyakan ibu sekarang merupakan wanita bekerjaya, bersama-sama mengerah tenaga demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga.
Begitu pun sesetengah para ibu ini, meski sibuk bekerja dan menguruskan keluarga, mereka masih lagi kekal langsing dan menawan.
Ternyata status seorang ibu tidak menghalang untuk kekal bergaya malah ada yang macam anak dara lagi tau..
Di sini, Mynewshub senaraikan 10 selebriti bergelar mummy urban yang mantain hot walau dah punyai anak.
1. Scha Al-Yahya
Isteri Awal Ashaari ini sememangnya memang bijak bergaya. Gayanya tidak keterlaluan dan simple namun masih mengekalkan ciri-ciri classy seorang selebriti yang bijak menata rias gaya sendiri. Ibu Lara Alana ini pun sudah mengeluarkan rangkaian koleksi pakaiannya dengan kerjasama Fashion Valet.
2. Marion Caunter
Digelar sebagai Giuliana Rancic Asia, Marion Caunter yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga tetap kelihatan jelita dan menawan. Siapa mampu menafikan gayanya yang cukup tersendiri dan Marion merupakan salah seorang selebriti yang begitu menggemari rekaan pereka fesyen tersohor negara, Rizalman Ibrahim.
3. Serena C
Bekas penyampai radio ini juga gemar bergaya simple namun tetap menawan. Serena sering berkongsi perkembangan terkini anak perempuannya, Chloe di laman Instagram.
4. Aishah Sinclair
Walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan namun disebabkan sikapnya yang sentiasa ceria, tidak menampakkan yang Aishah kini sudah pun memasuki usia pertengahan 30-an. Sering berkongsi hobinya yang begitu menghargai alam semulajadi, Aishah turut menerapkan perasaan cinta terhadap alam sekitar terhadap dua puterinya, Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
5. Amber Chia
Model tinggi lampai kelahiran Sabah ini berada di kelasnya yang tersendiri. Pernah menjadi sampul muka hadapan lebih daripada 200 majalah serata dunia, pelakon dan penaung Amber Chia Academy ini gemar menghabiskan masa lapangnya dengan melayani satu-satu cahaya matanya, Ashton.
6. Daphne Iking
Pengacara program Bella ini kekal langsing, menawan dan sering kali tampil dengan gaya rugged yang bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang ibu. Gemar berkongsi aktivitinya anak beranak di Instagram buat tatapan peminat.
7. Sazzy Falak
Ibu Iman Lilly dan Tiara Rose ini cukup berusaha keras untuk menempatkan label pakaian yang diusahakannya di mata dunia. Pernah menyertai Minggu Fesyen New York tahun lalu, SF by Sazzy Falak kini sudah boleh menarik nafas lega apabila jenama itu semakin dikenali dan kukuh di kalangan penggemar fesyen tempatan. Nak tampil bergaya macam hot mummy Sazzy, trylah pakaian daripada labelnya ya!
8. Jezamine Lim
Isteri pelawak Harith Iskander ini begitu mementingkan pemakanan sihat dan seimbang dalam mengekalkan bentuk badan menarik. Siapa sangka si cantik ini sudah mempunyai dua cahaya mata comel iaitu Zander Xayne dan Alessandrea Jayne. Dr Jezamine Lim mengakui dia merupakan seorang gym freak!
9. Dynas Mokhtar
Dynas Mokhtar satu lagi selebriti yang cukup bijak bergaya dalam menghadiri mana-mana majlis sosial. Setiap helaian yang digayakannya tidak pernah silap. Ibu kepada Kyra dan Qaish ini mengusahakan perniagaan butik pakaian untuk ibu mengandung dan menyusu badan yang terletak di The Curve dan Setia City Mall.
10. Ning Baizura
Penyanyi bersuara soprano ini dari hari ke sehari kelihatan makin langsing dan bergaya. Thanks to her gym routine. Ning memang seorang yang suka work out dalam usahanya untuk meraih bentuk badan idaman. Ibu Ryan Sky Dalton ini memang one hot hella mama!
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "FUHH....!!! Top 10 Ibu Urban Paling Hot Lagi Bergaya Di Malaysia"
Post a Comment