Perbualan Lucu Di Twitter Antara Pelanggan Dan Petugas Maxis Dalam Loghat Utara Tarik Perhatian Netizen


Asam garam bertugas dalam bidang khidmat pelanggan sudah pasti menempuhi 1001 perangai karenah pelanggan yang perlu dilayan menjadikan kerja ini adalah merupakan antara kerja yang mencabar.

Terbaru menjadi viral di laman sosial Twitter, apabila tindakan seorang petugas Maxis Listens yang membalas secara santai namun masih berhemah dalam menjawab aduan dan rungutan, menjadikan dia disenangi pelanggan

Kakitangan Maxis yang dikenali sebagai Firdaus Merican itu telah membalas pertanyaan seorang pelanggan mereka, Zahier Aiman Radzwan, menjadi perhatian kerana ia berlangsung dalam keadaan yang agak melucukan.

Perbualan siri tweet antara beliau dan seorang pelanggan Maxis Zahier menjadi perhatian ramai yang membaca perbualan mereka di mana kakitangan Maxis tersebut tiba-tiba membalas Tweet dalam loghat utara.

Zahier telah mengadu mengenai bagaimana pas internet yang dibelinya tiba-tiba sahaja hampir habis diguna pakai walaupun dia tidak menggunakan telefon.

Apabila tweetnya tidak dibalas, Zahier menghantar satu lagi tweet berbunyi "reply laaa.."

Ia kemudiannya mendapat balasan yang bernada santai oleh Firdaus, memintanya bersabar kerana dia perlu terlebih dahulu membalas tweet lain yang masuk sebelum Firdaus. Berikut adalah perbualan mereka.






Apapun tindakan bersahaja ini memang berkesan dan berjaya membuatkan pelanggan yang rasa hendak marah pun tidak jadi marah.

Berikut adalah reaksi Netizen



- Siakapkeli.my

0 Response to "Perbualan Lucu Di Twitter Antara Pelanggan Dan Petugas Maxis Dalam Loghat Utara Tarik Perhatian Netizen"

Post a Comment