Sedang kita duduk memikirkan keadaan negara-negara miskin di dunia yang penuh dengan isu mati kebuluran, terdetik di benak, bagaimana keadaanya jika negara kita pula menjadi sebuah negara yang muflis dari segi ekonomi, politik dan juga sosial negara.
Bagaimana sesebuah negara itu boleh menjadi muflis? Dengan siapa negara berhutang?
Dalam era pasca modenisasi ini, kita sering menggunakan perkataan muflis atau bankrap kerana keadaan sekeliling dunia yang serba canggih ini mempunyai nilai kebergantungan yang amat tinggi kepada wang.
Dari segi konspetual, muflis bermakna ketidakupayaan individu atau institusi untuk membayar hutang kepada pemiutang. Oleh itu, ianya merupakan kedudukan terakhir individu atau institusi yang tidak berupaya untuk membuat pembayaran.
Tetapi harus diingat, ia adalah status undang-undang yang tidak berdaya membayar hutang kepada pemiutang.
Muflis boleh berlaku kepada anda, saya sendiri atau syarikat yang kita sedang bekerja. Tetapi persoalannya ialah, adakah ianya boleh berlaku kepada negara? Jawapannya ialah ya.
Negara bankrap bukan sekatat teorikal semata-mata. Negara Argentina pernah berada di dalam keadaan negara bankrap pada tahun 2001 dan 3 tahun sebelumnya, Russia juga pernah berada di dalam situasi yang sama. Negara German pernah muflis sebanyak 2 kali dalam sejarah negaranya, di mana kali pertama pada tahun 1923 dan kali kedua pada tahun 1945. Jadi, negara bankrap adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Istilah muflis amat signifikan dengan negara-negara yang sedang membangun dan mundur kerana potensi negara tersebut untuk mencapai status negara muflis amat tinggi.
Keadaan muflis akan menyebabkan kita membayar semua aset yang ada kepada pemiutang. Pemiutang boleh menyatakan petisyen muflis terhadap individu atau organisasi untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada wang milik mereka.
Inflasi Mengakibatkan Nilai Mata Wang Berkurang
Perkara yang secara tradisinya kerajaan akan lakukan apabila sebuah negara tidak dapat membayar hutang ialah dengan mencetak wang dengan lebih banyak.
Masalah yang akan timbul adalah berlakunya inflasi dengan menyebabkan nilai wang tersebut kian susut. Ianya pernah berlaku suatu ketika dahulu apabila Republik Weimar yang telah dihancurkan di bawah hutang semasa perang dunia pertama memutuskan untuk mencetak lebih banyak wang.
Hal tersebut menyebabkan nilai matawang tersebut jatuh. Senario yang sama boleh berlaku di negara kita dan wang yang disimpan akan semakin tidak bernilai dari semasa ke semasa.
Inflasi adalah satu hakikat hidup yang tidak dapat dielak oleh setiap insan. Bandingkan sahaja nilai RM5 dahulu dengan RM5 sekarang. Inilah yang dinamakan inflasi.
Negara Zimbabwe sedang mengalami hyperinfalsi yang mana 100 billion Dollar Zim hanya mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja.
Bayangkan sekiranya anda ingin membeli sedozen telur ayam. Adakah ianya memerlukan sejumlah wang 1 trillion? Sudah tentu!
Hilang Kerja. Gaji Dipotong. Cukai Melambung
Kerajaan atau syarikat tidak mempunyai pendapatan yang kukuh akibat hutang syarikat atau negara yang tinggi. Oleh itu, sesetengah kakitangan atau pekerja syarikat akan kehilangan kerja bagi memastikan syarikat atau kerajaan kehilangan dana akibat daripada membayar gaji pekerja.
Selain itu, bagi syarikat yang bankrap, mereka terpaksa menghentikan syarikat atau kilang mereka. Keadaan ini akan menamatkan kontrak ramai pekerja dan akan menyebabkan ramai rakyat kehilangan kerja.
Sebagai contoh, negara Greece yang berhadapan dengan kebankrapan terpaksa menghentikan 30 ribu orang kakitangan awam mereka. Jumlah ini belum lagi termasuk jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta. Kerajaan Greece juga memotong 40 peratus daripada gaji kakitangan awam yang dikekalkan di dalam sektor awam mereka.
Cukai yang dikenakan terhadap rakyat juga melambung tinggi. Hal ini bertujuan bagi pemerintah mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis. Rakyat akan menanggung hutang yang tinggi daripada kesan negara muflis tersebut.
Hidup dalam keadaan merbahaya
Jika negara bankrap, penduduk di negara itu akan menjadi marah, keliru dan amat kecewa akibat kehilangan sumber ekonomi, taraf hidup kian kurang serta beban cukai yang tinggi.
Mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap pemimpinnya yang menyebabkan keadaan negara menjadi sebegitu rupa.
Ianya disusuli lagi dengan ekonomi yang ngeri dan keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam dikurangkan oleh kerajaan.
Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah akan meningkat. Sebagaimana yang berlaku di Argentina suatu masa dahulu apabila negara tersebut berhadapan dengan keadaan negara bankrap, keganasan meningkat sebanyak 142% dan anak-anak muda yang menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan hidup.
Program yang dibiayai oleh kerajaan akan berakhir
Kerajaan ialah institusi utama bagi perkhidmatan awam seperti polis, kesihatan, pendidikan, pembangunan awam, sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti yang lain.
Apabila negara dalam keadaan bankrap, mereka tidak boleh lagi meneruskan program-program ini akibat daripada kekangan dana. Hasilnya, semua program yang dibiayai oleh kerajaan sebelum ini akan berakhir.
Sepertimana negara Indonesia, program kesihatan dan pendidikan tidak lagi dibiayai oleh kerajaan. Maka, rakyat negara tersebut menikmati kemudahan kesihatan daripada pihak swasta dan memerlukan duit yang banyak untuk membiayai kos rawatan dan pendidikan.
Bagi yang berkemampuan sahaja mampu untuk membayar kos persekolahan anak mereka di sekolah menengah. Hal ini menyebabkan keciciran pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pernahkah Anda Terfikir Bagaimana Keadaanya Jika Negara Kita Muflis?"
Post a Comment