"Minyak Moto Dah Habis, Kami Tak Ada Duit Nak Isi Minyak"


Cerita semalam

Aku balik dari Kedah, singgah di Kota Bharu untuk ambil anak dan isteri. Elok sampai rumah mentua di Pulau Melaka, Allah tidurkan aku. Jam 12.30 pagi Allah kejutkan aku. Siap-siap semua barang dalam kereta, kami pun bertolak.

Sampai di traffic light Pulau Melaka, aku nak isi minyak kereta. Biasanya aku akan isi minyak di Tok Bali. Tetapi malam tadi, Allah gerakkan hati untuk isi minyak di Petronas Pulau Melaka itu juga.

*Makluman kepada pembaca, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyamar sebagai kami dengan nama dan alamat url yang hampir sama iaitu The Hyper Media, www.thehypermedia.com di bawah pemilik Facebook page Berita Hangat. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menyalin hampir kesemua kandungan laman ini tanpa sebarang kebenaran sungguhpun amaran telah diberikan. Pihak kami, The Hype Media, telah membuat laporan kepada pihak berkaitan dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat kerana individu terbabit didapati cuba mengelirukan pembaca laman kami.

Pada waktu itu, hujan renyai-renyai. Elok aku parking kereta di pam minyak, aku ternampak keluarga ini. Aku pergi bayar duit minyak dan terus isi sambil memandang keluarga ini.  Aku tengok anak kecil mereka bermain di samping ibunya yang sedang duduk. Ayahnya kelihatan duduk di sebalik motosikal dengan muka tunduk ke bawah. Aku perasan, ada seorang lagi anak mereka tidur di atas mosotikal sambil berselimutkan kain batik.

Selesai isi minyak, aku terus menuju ke arah mereka.

"Dari mana nak ke mana?"

"Dari Pasir Putih, nak ambil anak di HUSM. Anak dah dua minggu di wad sebab jangkitan paru-paru. Hari ini dah boleh keluar. Pergi Pasir Putih nak pinjam duit dengan mak saudaranya. Tetapi tak dapat. Sampai sini, minyak motosikal habis. Tapi duit tak ada nak isi minyak. Rumah di Rantau Panjang," katanya.

Mata si isteri dah mula berair. Aku dapat rasakan air mata itu ikhlas. Aku tengok motosikal mereka, ada pelekat Ustaz Azhar Idrus. Si suami pun pakai kopiah. Aku dah mula bersimpati dan merasakan mereka ini jujur dan orang baik-baik.




Selepas itu, aku tengok kaki dia seperti sakit.

"Sakit apa? Kencing manis ke?"

"Sakit misteri. Selepas berubat di Perubatan Islam di Bangi, baru sembuh. Doktor hampir-hampir nak potong kaki," katanya.

Pada masa itu, ada dua tiga orang yang datang menghampiri kami. Aku terangkan masalah mereka, manalah tahu ada yang berniat mahu menolong.

Alhamdulillah, dengan rela hati beberapa orang menghulurkan not biru dan hijau. Raut wajah mereka terus berubah ceria. Masa itu, terasa nikmat yang Allah bagi. Walaupun aku hanya memandu Myvi, bukan Mercedes atau BMW, tetapi ada orang yang lagi susah.


Aku teringat pada masa kecil dulu, kehidupan keluarga aku kais pagi makan pagi. Pernah dihalau dan dihina kerana kemiskinan keluarga kami. Kini kehidupan kami banyak berubah, berkat ketabahan ayah dan mak memastikan kami berjaya dalam pelajaran walaupun kami orang miskin.

Aku ada ambil nombor telefon abang ini. Nama dia Nasrul, sudah sebulan tak bekerja sebab nak menjaga anak di HUSM. Isteri dia pula jalan bertongkat. Tak mampu nak menguruskan diri sendiri. Sebab itu dia tidak mempunyai wang. Nasrul hanya bekerja sebagai mekanik di bengkel kereta.

InshaAllah aku akan melawat mereka lagi minggu depan. Saya akan siasat dahulu sebelum apa-apa sumbangan dikutip. InshaAllah. - Mohd Azraie Daud

Kredit : THEHYPEMEDIA.COM


0 Response to ""Minyak Moto Dah Habis, Kami Tak Ada Duit Nak Isi Minyak""

Post a Comment