300 KALI GUNA KHIDMAT UBER YANG JAUH LEBIH BAIK DARI TEKSI - ZULHILMI


Baru-baru ini tersebarnya video sekumpulan pemandu teksi bertindak menjahanamkan kereta pemandu Uber di KLCC. Menyangka video aksi mereka akan disokong oleh orang ramai, rupanya tidak apabila netizen meluahkan rasa benci mereka bertambah dengan tindakan biadab pemandu teksi yang tidak bertamadun itu.

Muhammad Zulhilmi, yang sering menggunakan khidmat Uber ini,  tampil meluahkan pandangannya mengenai Uber yang dikata jauh lebih baik dari perkhidmatan teksi.

Korang cuba naik Uber dahulu, barulah komen. Semasa first time naik Uber dulu, mereka siap bukakan pintu untuk kita. Sekarang, Uber driver dah macam kawan saya sebab selalu jumpa.

Sebab apa orang ramai menggunakan khidmat Uber? Sebab perkhidmatan mereka yang jauh lebih baik berbanding teksi. Saya pasti, ramai daripada anda telah mengalami pengalaman buruk semasa menaiki teksi. Yang tak guna meter, yang kenakan caj melampau, yang memilih penumpang, yang memerli/memarahi penumpang.

Saya yakin dengan adanya Uber, teksi-teksi di Malaysia akan mula mengubah sikap mereka. Kerana apa? Persaingan. Kalau tiada persaingan, sampai bila-bila teksi kita akan menjadi seperti itu.

Tahukah anda, teksi di Kuala Lumpur merupakan teksi yang paling teruk di dunia selepas India.


Saya bukan pemandu Uber, saya pengguna Uber di Johor Bahru sejak Mac tahun ini. Sehingga ke hari ini, saya sekeluarga telah menggunakan perkhidmatan Uber lebih daripada 300 kali.

Disebabkan kelantangan saya membela Uber, saya telah disekat oleh pengendali laman Facebook SPAD dari memuat naik sebarang komen di laman mereka.

Rata-rata (hampir 100%) yang membela teksi adalah pemandu teksi itu sendiri. Carilah pekerjaan yang lain. Ramai bekas pemandu teksi telah menyertai Uber. Yang menabur pasir dalam periuk nasi mereka bukan Uber tetapi mereka sendiri.

Jika Uber diharamkan, saya yakin jumlah pengguna teksi tetap tidak akan meningkat sama sekali kecuali mereka mengubah sikap.

0 Response to "300 KALI GUNA KHIDMAT UBER YANG JAUH LEBIH BAIK DARI TEKSI - ZULHILMI"

Post a Comment