(VIRAL) MENGAKU TIADA LAGI "DARA" : PEREMPUAN INI TAYANG DI FACEBOOK BERSAMA BOYFRIEND.


BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat status pengakuan berani mati yang dimuat naik seorang remaja perempuan yang selamba mendedahkan dirinya sudah tiada dara di laman Facebook.

“Walaupun dah tak de dara, masih ada yang menerima. Terima kasih,” tulis remaja berkenaan.

Status itu sekali gus menarik perhatian ramai yang bertindak mengecam dan mengkritik perempuan berkenaan.

Apa yang lebih mengecewakan, ‘pendedahan melampau’ itu ditulis oleh perempuan Melayu yang sudah tentu beragama Islam.

Bukan hendak mempersalahkan punca remaja ini hilang dara, namun keaiban masa silapnya elok dipendamkan sahaja buat peringatan diri.

Ini tidak, perempuan ini seolah-olah ‘teruja’ hendak mencanang satu dunia tentang keaiban dirinya sendiri yang sudah tiada dara.

Sedangkan bagi masyarakat Melayu, kita percaya yang dara adalah simbol maruah bagi setiap insan yang bergelar wanita.

Kot iye pun gembira atas penerimaan teman lelakinya perihal kekurangan dirinya itu, rasanya tidak perlu dihebah-hebahkan seluruh dunia.

0 Response to "(VIRAL) MENGAKU TIADA LAGI "DARA" : PEREMPUAN INI TAYANG DI FACEBOOK BERSAMA BOYFRIEND."

Post a Comment