Ratusan Anjing Di China Disiat-siat Hidup-hidup dan Dijadikan Barangan Kulit
Sebahagian sarung tangan, kasut dan barang-barang yang diperbuat daripada kulit yang dijual di kedai-kedai di Eropah dan online rupanya dibuat dengan kulit anjing. Haiwan kesayangan itu disembelih dan disiat-siat di kilang-kilang di China.
Surat khabar dailymail.co.uk melaporkan, menurut kumpulan pembela hak asasi haiwan, Kulit anjing itu dihasilkan di rumah penyebelihan haiwan yang digunakan untuk produk dengan label kulit asli. Produk-produk itu bertujuan untuk eksport ke negara-negara Barat.
Sebuah rakaman yang diambil oleh People for Ethical Treatment of Animals (PETA) menunjukkan para penjaga yang berdiri di depan pintu di sebuah rumah sembelih di wilayah utara Hebei. Serta anjing-anjing melewati pintu, orang-orang tersebut membunuhnya dengan memukulnya menggunakan sebuah tongkat.
Pasukan penyelidik PETA Asia mendapatkan fakta bahawa industri itu sekurang-kurangnya menguliti 100-200 ekor anjing tiap hari. Video mengerikan itu secara terperinci memperlihatkan anjing-anjing yang dikuliti dalam keadaan masih hidup.
Industri daging anjing di China kini mula dipersoalkan, banyak pelanggan di seluruh dunia tidak menyedari bahawa industri kulit anjing sebegitu kejamnya. Sebahagian besar pelanggan juga tidak dapat mengetahui apakah dompet atau aksesori mereka terbuat dari kulit anjing atau tidak.
0 Response to "Ratusan Anjing Di China Disiat-siat Hidup-hidup dan Dijadikan Barangan Kulit "
Post a Comment