LAWAK..!!! Lelaki Malu Dihakimi Rakan Sekolah Kerana Mencuri


LUMRAH setiap manusia yang berjumpa dengan rakan-rakan yang telah terpisah setelah sekian lama akan berasa malu dan sedikit janggal.

Namun, perasaan itu akan kembali normal dan bersahaja selepas masing-masing menceritakan kisah kejayaan dalam hidup yang telah dicapai.

Tidak seperti lelaki ini, jelas dia terasa begitu malu serta tidak sangka bahawa hakim yang akan menghakiminya dalam mahkamah kerana kesalahan yang dilakukan adalah rakan sekolahnya dahulu.

Arthur Booth ditahan kerana dituduh mencuri dan pecah rumah telah dihakimi oleh rakan sekolahnya, Hakim Mindy Glazer yang mendakwa beliau seperti pernah melihat suspek sebelum ini.

Mereka berdua pernah bersekolah di Sekolah Menengah Nautilus dan selalu bermain bersama-sama ketika itu.

Sebaik ditanya oleh hakim itu, Arthur dilihat terus menangis, mungkin terasa malu dengan dirinya jika dibandingkan dengan Mindy.

“Saya selalu terfikir apa akan berlaku pada awak, saya sedih melihat awak disini,” kata Mindy.

[embedded content]

Menurut saudara Arthur, dia merupakan pelajar bijak dan seorang atlet tetapi dia berakhir ketagihan dadah dan hidupnya mula huru-hara.

Mindy mengucapkan semoga berjaya kepada Arthur dan berharap perkara ini akan kembalikan semangatnya untuk tukar haluan hidup agar jadi lebih baik.

Walaubagaimanapun, Mindy telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak $44,000 namun Arthur kini masih lagi dalam tahanan.

SUMBER– MYNEWSHUB.CC

0 Response to "LAWAK..!!! Lelaki Malu Dihakimi Rakan Sekolah Kerana Mencuri"

Post a Comment