Cuti Sekolah Gadis Ini Jadi Cuti Paling Hitam Bila Dikurung Dan Dir0g0l Beramai-ramai


SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.

"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.

"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.

Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.

"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sinar Harian

0 Response to "Cuti Sekolah Gadis Ini Jadi Cuti Paling Hitam Bila Dikurung Dan Dir0g0l Beramai-ramai"

Post a Comment